Ramai usahawan dan pekerja swasta yang saya kenal menyindir betapa tidak adilnya penjawat awam menerima bonus setengah bulan gaji. Dalam masa yang sama, ada juga kenalan dari sektor awam yang berperasaan demikian terhadap sektor swasta, mereka menceritakan betapa ada sektor swasta memberi bonus 6 bulan gaji dan sebagainya.
Rupanya perkara itu benar, kerana baru-baru ini akhbar The Malaysian Reserve telah menceritakan yang syarikat penerbangan swasta
AirAsia terpaksa memotong bonus staf mereka. Akhbar yang sama juga memberi contoh yang staf yang mendapat penilaian 'baik' hanya menerima bonus 1.5 bulan gaji pada tahun 2013, berbanding 3 bulan gaji pada 2012.
Walaupun 'dikurangkan', akan tetapi sekurang-kurangnya masih tinggi berbanding sektor awam.