College Fund

          

Jimat RM190 (bayar 33% je) Ekspo Buku Popular

2 Minggu lepas, Lepas datang event TED di Straits Quay aku ke ekspo... masuk je nampak ribuan orang serbu ekspo buku Popular di situ.
Last-last sambar buku... total dalam lebih kurang RM277+. Lepas diskaun, bayar RM87+ je. Haha. Lepas tu balik tengok bola
Harga sebelum diskaun: RM39.90 + RM87.80 + RM149.90 = RM277.60
Harga lepas diskaun: RM29.90 + RM16.90 + RM39.90 = RM86.70
Jimat: RM277.60-RM86.70=RM190.90

Darren Chew - Author of "Internet Millionaire Mindset" demo lecture & book signing

Krystal Suite

Penat bekerja, sekali sekala nak la pergi cuti juga... jadi tahun ini aku melencong ke Pulau Pinang. :D . Aku tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang dengan penerbangan honda ex5 menaiki motosikalku. Dari situ aku menaiki pengangkutan awam aku ke The Krystal Suites.

 Penginapan penginapan dua (2) hari satu (1) malam ini adalah hadiah yang ditaja oleh The Krystal Suites sempena cabutan bertuah konvokesyen baru-baru ini. Saya menginap di 1 Bedroom Suites.

Ingatkan biasa-biasa je, rupanya besar... Actually, 1 bedroom suite dan 2 bedroom suite sama je besar. Aku terjumpa brosur The Krystal Suites yang berconteng. Rasanya yang 1 Bedroom harganya RM188 bilik, dan 2 bilik RM248. Adalah aku ternampak, kalau nak tambah tilam, kena RM40 1 malam. Yang menang selalu pekena hotel dan ada nak dua orang, bolehlah amik yang RM248 tu, senang sikit anak korang dapat adik lagi.

Harga telur sama dengan harga ayam : pengguna merungut

Bila McEgg diumumkan dalam dalam Facebook McDonalds Malaysia, ramai yang gembira kerana setelah berpuluh tahun McEgg kini muncul. Teringat saya, kali terakhir tengok harga McEgg ala carte di McD adalah RM1.00 .
Promosi Deluxe McEgg terkini (grafik McDonalds)
Kegembiraan tersebut hanya bertahan beberapa saat sahaja apabila mendapat tahu harga meal pada masa LUNCH & DINNER tersebut adalah RM 5.90, sama dengan harga promosi McChicken, iaitu RM 5.90

Harga McValue Lunch McChicken Meal baru-baru ini  (grafik McDonalds)
Komen penggemar McDonalds boleh dibaca di facebook McDonalds Malaysia di sini ...

Sekolah: jalan ke arah gagal?

Gambar ini diambil dalam tahun 2011 ... (12/6/2011) dan sengaja tidak diterbitkan ketika itu. Kedudukan kain rentang di sebelah yang salah sekolah memberikan impresi yang ke sekolah adalah jalan ke arah kegagalan. Yang menambah jenaka lagi, program ini dikendalikan bersama dengan sebuah IPTA tempatan. Alangkah baiknya sekiranya pihak penganjur mengubah semula kedudukan kain rentang ini agar memberi impresi yang baik untuk ke sekolah"

drama Jepun "Oshin" kini di youtube (cepat tengok sebelum NHK report)


Jom kembalikan kenangan masa kecil-kecil dahulu dengan menonton drama bersiri popular Oshin percuma di Youtube. Drama ini pernah ditayangkan (halal) di TV3 pada tahun 1987 dan ke atas pada waktu senja. Rasanya pukul 6 kot. Drama ini diulangtayang pada 1990an oleh TV3 juga lama sebelum demam JDrama pada tahun 2000an. Sehingga 2009, Yaman merupakan negara ke 65 yang menonton Oshin (secara 'halal') menurut NHK

Pada tahun 80an TV bukannya 24jam macam sekarang. Malah seingat saya siaran RTM bermula 4:00pm atau mungkin 3:00pm pada Isnin hingga Khamis. TV Pendidikan pula disiarkan menggunakan frequensi siaran RTM2 (TV2 kini). Pada sebelah pagi ada siaran TV pendidikan, pada sebelah petang hingga malam, TV2.

So boring-boring x tau nak buat apa, mai la layan Oshin 'pirates' ... kali ini dengan pemikiran anda yang telah dewasa.

Episod 1-75, 83-92
------------------


Episod 76

OSHIN ep 1-104


a taste of Windows Phone in Android phones

LauncherWP8

Kini Pengguna Android 2.1 ke atas boleh tunjuk gempak konon-kononnya anda pakai WindowsPhone dengan LauncherWP8 oleh 乐讯.

Nak cari apps ni dalam Google Play susah sikit. Korang selalunya akan jumpa yang kena bayar. Anda perlu cari menggunakan kata kunci "LauncherWP8" atau "乐讯". Yang kedua tu dalam tulisan Cina.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.lx.launcher


Windows Phone 8 style Launcher for android

Bored of Android's User Interface? Do you like the new Windows Phone 8 start screen? If you do, then wait no more!

LauncherWP8 is a great app for you to experience the brand new Modern UI by an Android mobile phone. You can resize into the new small and large tiles, "install" apps and change theme colour! We provide 8 different sizes, colors and themes for you to choose so you can design your own favourite layout and show off to your friends!

LauncherWP8 is made by anall.cn, a website that provides you with tons of thousands of free apps, games, rom,ringtones and wallpapers. You can get anything you want in anall.cn. Please remember us!

Khinzir (babi) pelbagai guna

Hasil dari seekor Khinzir, lahirlah pelbagai produk makanan, ubatan dan peralatan harian kita. Maka berhati-hatilah dengan setiap produk yang kita guna ~ cahayaislam.net

A glimpse of life at a Google data center


Setiap kali anda menggunakan produk google, anda disambungkan kepada salah satu pusat data Google yang berada di seluruh dunia.

Pekerja Google berkerja di pusat-pusat data ini. Mereka memastikan pusat data ini sentiasa menjalankan tugasnya 24 jam setiap hari.

Klik video youtube di atas untuk mendapat ilham bagaimana mereka melakukannya.

Jom tengok kat mana depa simpan video youtube, carian, emel, dan lain-lain data yang bersepah-sepah di seluruh dunia.

How to make money with blog in easy steps / Cara ringkas nak buat duit dengan blog

Yes you can!. Imagine getting a cheque from Google Inc. Isn't it wonderful? You do not have to be some technology guy or a ICT scientist. You just only need to know how to put advertisement to your blog. The same application can be use for your other blog, that is if you have more then one blog. When your blog (or website) is famous enough, people might ask to put their advertisement directly to their website. Here is some basic step to start make money from your blog.
  1. Register yourself to a blogging service website. I recommend Google's Blogger
  2. Start blogging. Write in English first eventhough you plan to make a Bahasa Malaysia or other language blog. (This is because internet advertising service provider such as and especially Google will read your blog first before accepting you to their payment system.)
  3. Register yourself to internet advertising services such as Google Adsense, Adsense, or Nuffnang.
  4. Get advertisement code from them, and put it in your blog.
  5. After you've been accepted by those company, cents (sens) will start pouring each time unique visitor clicks at the advertisement.
Bolehkah menulis blog / laman web menghasilkan wang?
Boleh. Cuba bayangkan anda mendapat cek daripada Google Inc. Kan syok. Sebenarnya anda tak perlu jadi pakar ICT, atau ambil jurusan ijazah IT untuk mula mendapat hasil daripada internet. Anda hanya perlu sekurang-kurangnya tahu bagaimana menulis blog, dan meletakkan iklan dalam blog tersebut. Dalam tahun 2006. Saya mendapat cek pertama saya bernilai lebih US$100 daripada Google Inc. Anda bukan sahaja boleh meletakkan iklan dalam satu blog sahaja. Anda boleh kongsi (satu akaun) iklan anda dalam semua laman-laman blog atau laman web anda yang lain. Bila blog atau laman web anda cukup terkenal (ramai orang datang baca setiap hari). Orang mungkin akan bertanya kepada secara terus untuk pengiklanan. Sebagai contoh, dalam Oktober 2008, saya menerima cek pertama untuk urusan meletakkan iklan dalam salah satu website yang dikendalikan aku.

Tarikh Gaji Kerajaan Persekutuan 2012

Berikut adalah tarikh gaji bagi kakitangan awam, badan berkanun dan kerajaan persekutuan.
BulanTarikhCatatan
Januari16 Januari 2012 IsninTahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012 Khamis
Mac22 Mac 2012 Khamis
April25 April 2012 Rabu
Mei23 Mei 2012 RabuPesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012 IsninHari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012 Rabu
Ogos13 Ogos 2012 IsninHari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012 Selasa
Oktober22 Oktober 2012 IsninHari Raya Haji 26 Oktober 2012
November6 November 2012 SelasaDeepavali 13 November 2012
Disember18 Disember 2012 SelasaHari Krismas 25 Disember 2012

Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang 2012

Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari-hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2012. 

CATATAN:- ( * )

Tertakluk kepada perubahan PERINGATAN Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.

Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong/ Tuan Yang Terutama maka hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.