College Fund

          

Teh O ada berapa banyak gula?

Agak menakutkan bila saya lihat pekerja restoran memasukkan beberapa sudu BESAR gula ke dalam minuman.

Jadi kebiasaannya saya tak kacau gula dalam minuman tersebut atau pada kali ini, saya minta gula asing. Jadi kali ini saya boleh kawal sendiri berapa gula di dalam minuman saya.

Bonus pekerja swasta lebih tinggi pekerja awam


Ramai usahawan dan pekerja swasta yang saya kenal menyindir betapa tidak adilnya penjawat awam menerima bonus setengah bulan gaji. Dalam masa yang sama, ada juga kenalan dari sektor awam yang berperasaan demikian terhadap sektor swasta, mereka menceritakan betapa ada sektor swasta memberi bonus 6 bulan gaji dan sebagainya.

Rupanya perkara itu benar, kerana baru-baru ini akhbar The Malaysian Reserve telah menceritakan yang syarikat penerbangan swasta AirAsia terpaksa memotong bonus staf mereka. Akhbar yang sama juga memberi contoh yang staf yang mendapat penilaian 'baik' hanya menerima bonus 1.5 bulan gaji pada tahun 2013, berbanding 3 bulan gaji pada 2012.

Walaupun 'dikurangkan', akan tetapi sekurang-kurangnya masih tinggi berbanding sektor awam.