College Fund

          

Pengalaman Tune Hotel - Downtown KL


Ni la Tune Hotel - Downtown KL

Saya berkesempatan untuk menginap di Tune Hotel - Downtown KL. Ini pandangan saya...

Tune Hotel ni di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, mudah untuk anda berjalan-jalan. Tambahan pula Monorel hanya lima minit berjalan kaki untuk anda ke pusat membeli belah yang lain. Pada waktu malamnya, ada hawker melayu jual pelbagai makanan. Gerai-gerai ini tutup pada pukul 1 atau 2 pagi. Sementara tunggu makanan, korang boleh berkarok selagu dua.

Dalam Tune Hotel ni ada 7-eleven (beroperasi 24jam), San Francisco Coffee (8am-5pm), dan Gerai makanan segera Sri Kulai (8am-??). Tentang Sri Kulai ni, apa yang dia jual adalah, makanan frozen yang dipanaskan / microvawe.

Apa yang bestnya Korang boleh guna internet secara PERCUMA selama 30 minit di PC yang disediakan. Tapi memang kot disengajakan untuk korang berdiri dan tiada kerusi. Sama ada betul atau tidak, selepas 30 minit korang boleh renew lagi. Tapi bab wifi, baik turun bawah ke lobi guna internet.

Kalau pandai, korang boleh dapat offer murah. Tapi kalau korang datang ad hoc (tidak book online), korang kena caj RM110 sebilik (twin bed). Tu tak masuk towel dan benda-benda lain. Aircond kalau korang tak amik pun takpe, kipas dah sejuk dah.

TV, walaupun pakai astro, tapi bilangan channel korang dapat lagi kurang daripada yang nJoi bagi. Kualiti, macam VisionFour yang korang jumpa kat hotel-hotel. Aku rekomen, tak payah TV.

TuneHotel telah bundlekan semua tambahan ini dengan harga yang agak murah... so pandai2 la korang nak bajet.


Macam ini la bilik yang aku duduk hari tu. twin bed.


Bilik ni, double bed. Dua orang max. Mana korang nak selit sorang lagi :D.


Luas ni la Tune Hotel.

.
Bilik air (pemandangan dari dalam ke luar & luar ke dalam)


Pak guard bukan warganegara sedang menjaga pintu lobi.

No comments: