College Fund

          

Akhirnya Superman pakai spender di dalam seluar


Logo Superman

Semalam saya telah menonton filem ini. Kali ini saya nak buat kupasan dalam 150 patah perkataan ala-ala masa zaman saya sekolah menengah dahulu. Sebaiknya saya ingin cuba meringkaskan sehingga 80 patah perkataan seperti zaman masa UPSR dahulu, tapi nampaknya karangan kali ini akan lebih daripada itu.

Tanpa membuang masa mari teruskan dengan kupasan Man of Steel.

Asasnya filem ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Kemusnahan Krypton, Masa Kal-El belum pakai sut Superman, masa Jeneral Zod datang, dan masa Kal-El lawan dengan Jeneral Zod.

Selepas filem tunjuk tetang Kal-El terselamat dari Krypton, Kal-El yang kini dewasa cuba sedaya upaya menyembunyikan diri tapi tak berupaya melawan nalurinya untuk membantu.

Sambil itu filem ini turut tunjuk imbasan kembali tentang zaman kanak-kanak dan bagaimana Kal-El berusaha untuk mengawal keistimewaannya. Kemudian Kal-El mendapat jawapan tentang asal usul dirinya tetapi sambil itu terpaksa menyelamatkan Lois Lane di dalam sebuah kapal angkasa yang dijumpai tentera.

Kemudian Jeneral Zod datang ke bumi untuk mencari Codex dan terpaksa berlawan dengan Kal-El kerana Codex telah disebatikan dengan sel-sel badan Kal-El.

Akhirnya Kal-El berjaya mengalahkan Jeneral Zod dan menyelamatkan bumi dari dimusnahkan (ala planet 'Spock' dalam filem Star Trek 2009) dengan bantuan ilmu dari Jor-El, Lois Lane, dan pihak tentera.

Pada penghujung cerita Kal-El mencari kerja yang membolehkan beliau berada dekat di mana orang dalam bahaya dan tidak melahirkan prasangka bila beliau banyak bertanya, di Daily Planet.

Kesimpulannya bagi saya filem ini biasa sahaja, tetapi nasib baiklah jalan ceritanya berbeza daripada cerita superman yang kita ketahui. Kalau dahulu tentera seolah-olah tiada (macam power rangers, takkanlah ada alien, askar buat bodo je), kali ini kita dapat melihat tentera memainkan peranan untuk keselamatan negara dan dunia amnya.

    Superman dalam Man of  Steel ini pakai seluar dalam di dalam (sumber: http://www.hdwallpapers.in/superman_in_man_of_steel-wallpapers.html)

    Superman filem dulu-dulu hinggalah Superman Returns pakai spender di luar (sumber: http://www.fanpop.com/clubs/superman-the-movie/images/20439155/title/superman-wallpaper)


    (Bernama) Ombak Besar Landa Pantai Pulau Pinang


    GEORGE TOWN, 11 Jun (Bernama) -- Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan Selasa.

    Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

    "Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

    Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

    Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

    "Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini," katanya.

    Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.

    -- BERNAMA

    Uniqlo di Shibuya (Tokyo, Jepun)

    Shibuya merupakan kawasan di dalam bandar Tokyo yang terkenal sebagai pusat fesyen. Biasanya aku buat bodo je lalu depan Uniqlo ni, tapi kali ini sebab balik masa kedai-kedai nak tutup pukul 10:30 malam, aku nampaklah pintu Uniqlo yang unik membuatkan ku terpana terasa di Shibuya walaupun aku sekarang berada di Queensbay Mall, Pulau Pinang.