College Fund

          

Jimat RM190 (bayar 33% je) Ekspo Buku Popular

2 Minggu lepas, Lepas datang event TED di Straits Quay aku ke ekspo... masuk je nampak ribuan orang serbu ekspo buku Popular di situ.
Last-last sambar buku... total dalam lebih kurang RM277+. Lepas diskaun, bayar RM87+ je. Haha. Lepas tu balik tengok bola
Harga sebelum diskaun: RM39.90 + RM87.80 + RM149.90 = RM277.60
Harga lepas diskaun: RM29.90 + RM16.90 + RM39.90 = RM86.70
Jimat: RM277.60-RM86.70=RM190.90

Darren Chew - Author of "Internet Millionaire Mindset" demo lecture & book signing

Krystal Suite

Penat bekerja, sekali sekala nak la pergi cuti juga... jadi tahun ini aku melencong ke Pulau Pinang. :D . Aku tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang dengan penerbangan honda ex5 menaiki motosikalku. Dari situ aku menaiki pengangkutan awam aku ke The Krystal Suites.

 Penginapan penginapan dua (2) hari satu (1) malam ini adalah hadiah yang ditaja oleh The Krystal Suites sempena cabutan bertuah konvokesyen baru-baru ini. Saya menginap di 1 Bedroom Suites.

Ingatkan biasa-biasa je, rupanya besar... Actually, 1 bedroom suite dan 2 bedroom suite sama je besar. Aku terjumpa brosur The Krystal Suites yang berconteng. Rasanya yang 1 Bedroom harganya RM188 bilik, dan 2 bilik RM248. Adalah aku ternampak, kalau nak tambah tilam, kena RM40 1 malam. Yang menang selalu pekena hotel dan ada nak dua orang, bolehlah amik yang RM248 tu, senang sikit anak korang dapat adik lagi.

Harga telur sama dengan harga ayam : pengguna merungut

Bila McEgg diumumkan dalam dalam Facebook McDonalds Malaysia, ramai yang gembira kerana setelah berpuluh tahun McEgg kini muncul. Teringat saya, kali terakhir tengok harga McEgg ala carte di McD adalah RM1.00 .
Promosi Deluxe McEgg terkini (grafik McDonalds)
Kegembiraan tersebut hanya bertahan beberapa saat sahaja apabila mendapat tahu harga meal pada masa LUNCH & DINNER tersebut adalah RM 5.90, sama dengan harga promosi McChicken, iaitu RM 5.90

Harga McValue Lunch McChicken Meal baru-baru ini  (grafik McDonalds)
Komen penggemar McDonalds boleh dibaca di facebook McDonalds Malaysia di sini ...

Sekolah: jalan ke arah gagal?

Gambar ini diambil dalam tahun 2011 ... (12/6/2011) dan sengaja tidak diterbitkan ketika itu. Kedudukan kain rentang di sebelah yang salah sekolah memberikan impresi yang ke sekolah adalah jalan ke arah kegagalan. Yang menambah jenaka lagi, program ini dikendalikan bersama dengan sebuah IPTA tempatan. Alangkah baiknya sekiranya pihak penganjur mengubah semula kedudukan kain rentang ini agar memberi impresi yang baik untuk ke sekolah"