College Fund

          

Akhirnya Superman pakai spender di dalam seluar


Logo Superman

Semalam saya telah menonton filem ini. Kali ini saya nak buat kupasan dalam 150 patah perkataan ala-ala masa zaman saya sekolah menengah dahulu. Sebaiknya saya ingin cuba meringkaskan sehingga 80 patah perkataan seperti zaman masa UPSR dahulu, tapi nampaknya karangan kali ini akan lebih daripada itu.

Tanpa membuang masa mari teruskan dengan kupasan Man of Steel.

Asasnya filem ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Kemusnahan Krypton, Masa Kal-El belum pakai sut Superman, masa Jeneral Zod datang, dan masa Kal-El lawan dengan Jeneral Zod.

Selepas filem tunjuk tetang Kal-El terselamat dari Krypton, Kal-El yang kini dewasa cuba sedaya upaya menyembunyikan diri tapi tak berupaya melawan nalurinya untuk membantu.

Sambil itu filem ini turut tunjuk imbasan kembali tentang zaman kanak-kanak dan bagaimana Kal-El berusaha untuk mengawal keistimewaannya. Kemudian Kal-El mendapat jawapan tentang asal usul dirinya tetapi sambil itu terpaksa menyelamatkan Lois Lane di dalam sebuah kapal angkasa yang dijumpai tentera.

Kemudian Jeneral Zod datang ke bumi untuk mencari Codex dan terpaksa berlawan dengan Kal-El kerana Codex telah disebatikan dengan sel-sel badan Kal-El.

Akhirnya Kal-El berjaya mengalahkan Jeneral Zod dan menyelamatkan bumi dari dimusnahkan (ala planet 'Spock' dalam filem Star Trek 2009) dengan bantuan ilmu dari Jor-El, Lois Lane, dan pihak tentera.

Pada penghujung cerita Kal-El mencari kerja yang membolehkan beliau berada dekat di mana orang dalam bahaya dan tidak melahirkan prasangka bila beliau banyak bertanya, di Daily Planet.

Kesimpulannya bagi saya filem ini biasa sahaja, tetapi nasib baiklah jalan ceritanya berbeza daripada cerita superman yang kita ketahui. Kalau dahulu tentera seolah-olah tiada (macam power rangers, takkanlah ada alien, askar buat bodo je), kali ini kita dapat melihat tentera memainkan peranan untuk keselamatan negara dan dunia amnya.

    Superman dalam Man of  Steel ini pakai seluar dalam di dalam (sumber: http://www.hdwallpapers.in/superman_in_man_of_steel-wallpapers.html)

    Superman filem dulu-dulu hinggalah Superman Returns pakai spender di luar (sumber: http://www.fanpop.com/clubs/superman-the-movie/images/20439155/title/superman-wallpaper)


    No comments: